Sistem aduan RSPO adalah proses yang adil, telus dan saksama bagi mengendali dan menangani aduan terhadap ahli RSPO. Walaupun begitu, ia tidak bertujuan untuk mengganti undang-undang dan sistem yang berkuatkuasa.
Tujuan Sistem Aduan
- Membantu RSPO dalam menangani aduan-aduan terhadap mana-mana ahli RSPO.
- Memastikan bahawa sebarang dakwaan tentang pelanggaran Dokumen Utama RSPO dapat diselesaikan secara adil, saksama dan telus.
- Melindungi integriti dan kepercayaan terhadap RSPO.
Prosedur Aduan dan Rayuan RSPO
Anda boleh menghantar aduan kepada pihak RSPO secara online di https://rspo.secure.force.com/complaintform.
Selain itu, anda boleh memuat turun Borang Aduan dan emelkan kepada complaints@rspo.org. Sila baca semua maklumat yang berkaitan sebelum mengemukakan aduan. Sila layari https://askrspo.force.com/Complaint/s/ untuk makluman lanjut.
Anda boleh menjejak kes anda secara online di https://askrspo.force.com/Complaint/s/casetracker.
Muat Turun: