Ladang Konsesi RSPO Di Sarawak

Senarai berikut merupakan nama ladang konsesi RSPO yang dimiliki syarikat ahli RSPO di Sarawak. Status pensijilan ladang konsesi juga disertakan.

Jika berlaku pelanggaran Dokumen Utama RSPO atau Prinsip & Kriteria RSPO atau konflik lain di antara pihak komuniti dan ahli RSPO yang dapat dikenalpasti, anda boleh membuat aduan di https://rspo.secure.force.com/complaintform.

*Data diambil dari GeoRSPO https://rspo.org/members/georspo pada 30 Jun 2020.

No.LadangSyarikatStatus Pensijilan RSPOAlamat
1Sampadi 01FELDA Global Ventures Holdings BerhadBelum disijilkanLundu
Lat/Long: 1.612676/109.924759
2Sampadi 03 FELDA Global Ventures Holdings Berhad Belum disijilkanLundu
Lat/Long: 1.541807/109.874376
3Sampadi 04FELDA Global Ventures Holdings Berhad Belum disijilkan Lundu
Lat/Long: 
1.611132/110.013765
4MaongBoustead Plantations Berhad Belum disijilkanKanowit
Lat/Long: 
2.084978/112.008959
5KelimutBoustead Plantations BerhadBelum disijilkanKanowit
Lat/Long: 
2.053927/112.057625
6JIHBoustead Plantations Berhad Belum disijilkanSibu
Lat/Long: 
2.181899/112.105064
7PedaiBoustead Plantations BerhadBelum disijilkan Sibu
Lat/Long: 
2.189618/112.164116
8BawanBoustead Plantations Berhad Belum disijilkan Sibu
Lat/Long: 
2.148621/112.220850
9MapaiBoustead Plantations Berhad Belum disijilkanSibu
Lat/Long: 
2.148278/112.276468
10Kwantas PelitaKwantas Corporations Berhad Belum disijilkan Mukah
Lat/Long: 
2.685026/112.547550
11Sungai Kubud EstateKeresa Plantations Sdn Bhd Belum disijilkan Bintulu
Lat/Long: 
3.119583/113.448446
12Jiba EstateKeresa Plantations Sdn BhdAda sijilBintulu
Lat/Long: 
3.119926/113.445528
13Sujan EstateKeresa Plantations Sdn BhdAda sijil Bintulu
Lat/Long: 
3.163977/113.605564
14E. RajawaliSime Darby Plantation BerhadAda sijil Bintulu
Lat/Long: 
3.392837/113.425075
15E. SemarakSime Darby Plantation BerhadAda sijilBintulu
Lat/Long: 
3.375358/113.376495
16E. TakauSime Darby Plantation BerhadAda sijilBintulu
Lat/Long: 
3.388382/113.331863
17E. DerawanSime Darby Plantation BerhadAda sijil Bintulu
Lat/Long: 
3.409116/113.360187
18E. DamaiSime Darby Plantation BerhadAda sijilBintulu
Lat/Long: 
3.434249/113.403054
19E. SahuaSime Darby Plantation BerhadAda sijilBintulu
Lat/Long: 
3.458924/113.370781
20E. BayuSime Darby Plantation BerhadAda sijilBintulu
Lat/Long: 
3.497990/113.378334
21E. SamuderaSime Darby Plantation BerhadAda sijil Bintulu
Lat/Long: 
3.504159/113.410435
22Suburmas EstateSuburmas Plantations Sdn Bhd (milik PPB Oil Palms Berhad – Wilmar)Belum disijilkanBintulu
Lat/Long: 
3.519579/113.361683
23E. BelianSime Darby Plantation BerhadAda sijil Bintulu
Lat/Long: 
3.369818/113.560948
24E. Kelida Sime Darby Plantation BerhadAda sijilBintulu
Lat/Long: 
3.365706/113.622746
25E. LavangSime Darby Plantation BerhadAda sijilBintulu
Lat/Long: 
3.425339/113.588414
26E. Lavang (SE)Sime Darby Plantation BerhadAda sijilBintulu:
Lat/Long: 
3.400663/113.591160
27E. RasanSime Darby Plantation BerhadAda sijilBintulu
Lat/Long: 
3.403405/113.635792
28E. Ruai Sime Darby Plantation BerhadAda sijilBintulu
Lat/Long: 
3.450699/113.622059
29E. ChartquestSime Darby Plantation BerhadAda sijilMiri
Lat/Long: 3.489766/113.602147
30E. PekakaSime Darby Plantation BerhadAda sijilMiri
Lat/Long: 
3.481541/113.641972
31E. DulangSime Darby Plantation BerhadAda sijilMiri
Lat/Long: 
3.456868/113.680424
32E. PerohSime Darby Plantation BerhadAda sijilMiri
Lat/Long: 
3.462351/113.723683
33Kaminsky EstateKaminsky Sdn Bhd (milik PPB Oil Palms Berhad – Wilmar)Ada sijilMiri
Lat/Long: 
3.397236/113.752522
34Saremas 2 EstateSaremas Sdn Bhd (milik PPB Oil Palms Berhad – Wilmar)Ada sijilMiri
Lat/Long: 
3.433221/113.777928
35Segarmas EstateSegarmas Plantations Sdn Bhd (milik PPB Oil Palms Berhad – Wilmar)Ada sijilMiri
Lat/Long: 
3.465435/113.836293
36Saremas 1 EstateSaremas Sdn Bhd (milik PPB Oil Palms Berhad – Wilmar)Ada sijil Miri
Lat/Long: 
3.520265/113.747029
37 Suai EstateSaremas Sdn Bhd (milik PPB Oil Palms Berhad – Wilmar)Ada sijil Miri
Lat/Long: 
3.598391/113.736729
38BJ Corporation (Lot 20)APL (milik FELDA Global Ventures Holdings Berhad) Belum disijilkan Miri
Lat/Long: 
3.350968/114.100957
39Fortune (Lot 10)APL (milik FELDA Global Ventures Holdings Berhad) Belum disijilkan Miri
Lat/Long: 
3.455154/114.195068
40Grand Performance (Lot 18)APL (milik FELDA Global Ventures Holdings Berhad)Belum disijilkanMiri
Lat/Long: 
3.566867/114.365700
41Incosetia (Lot 16)APL (milik FELDA Global Ventures Holdings Berhad)Belum disijilkanMiri
Lat/Long: 
3.601132/114.263389
42Kronos (Lot 15)APL (milik FELDA Global Ventures Holdings Berhad)Belum disijilkanMiri
Lat/Long: 
3.581944/114.171379
43TegaiIOI Corporation BhdBelum disijilkanMiri
Lat/Long: 
3.612097/114.089668
44IOI Corporation BhdIOI Corporation BhdBelum disijilkanMiri
Lat/Long: 
3.633340/114.133613
45SejapIOI Corporation BhdBelum disijilkanMiri
Lat/Long: 
3.668288/114.154899
46 Bukit LimauBoustead Plantations BerhadBelum disijilkanMiri
Lat/Long: 
3.645675/114.210518
47Loagan BunutBoustead Plantations BerhadBelum disijilkanMiri
Lat/Long: 
3.718994/114.280535
48Sungai LelakBoustead Plantations BerhadBelum disijilkanMiri
Lat/Long: 
3.812177/114.282595
No. Ladang SyarikatStatus Pensijilan RSPOAlamat

Modul 6: Mekanisme Aduan dan Rayuan RSPO

Sistem aduan RSPO adalah proses yang adil, telus dan saksama bagi mengendali dan menangani aduan terhadap ahli RSPO. Walaupun begitu, ia tidak bertujuan untuk mengganti undang-undang dan sistem yang berkuatkuasa.

Tujuan Sistem Aduan

  1. Membantu RSPO dalam menangani aduan-aduan terhadap mana-mana ahli RSPO.
  2. Memastikan bahawa sebarang dakwaan tentang pelanggaran Dokumen Utama RSPO dapat diselesaikan secara adil, saksama dan telus.
  3. Melindungi integriti dan kepercayaan terhadap RSPO.

Prosedur Aduan dan Rayuan RSPO

Anda boleh menghantar aduan kepada pihak RSPO secara online di https://rspo.secure.force.com/complaintform.

Selain itu, anda boleh memuat turun Borang Aduan dan emelkan kepada complaints@rspo.org. Sila baca semua maklumat yang berkaitan sebelum mengemukakan aduan. Sila layari https://askrspo.force.com/Complaint/s/ untuk makluman lanjut.

Anda boleh menjejak kes anda secara online di https://askrspo.force.com/Complaint/s/casetracker.


Muat Turun:


Modul 5: Pekebun Kecil Sawit

Terdapat dua jenis pekebun kecil sawit di Malaysia iaitu pekebun kecil bebas dan pekebun kecil skim. Menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), pekebun kecil skim adalah pekebun kecil di bawah pengawasan FELDA, RISDA, FELCRA dan Skim Pembangunan Tanah Negeri. RSPO pula mendefinisikan pekebun kecil skim sebagai pekebun kecil yang terikat dengan kontrak, perjanjian kredit atau perancangan dengan kilang tertentu.

Pekebun kecil skim tidak dapat memilih tanaman yang mereka tanam, teknik penanaman dan pengurusan tanaman diawasi oleh pengurus kilang, estet atau skim.

Pekebun kecil bebas adalah mereka yang bebas mengatur, mengurus dan membiayai secara sendiri serta mempunyai kebebasan untuk memilih cara penggunaan tanah, memilih jenis tanaman dan cara pengurusan sendiri.

Isu dan Cabaran Bagi Pekebun Kecil

  • Kurang sokongan kewangan dan kemampuan untuk membeli benih dan baja
  • Kebergantungan kepada orang tengah/peniaga buah kelapa sawit. Kadangkala peniaga mengenakan yuran pelbagai yang terlalu tinggi (forklif, dan sebagainya) dan mengaut keuntungan yang berlebihan daripada pekebun kecil.
  • Keadaan tempat pengumpulan FFB yang kotor dan menjejaskan kualiti buah.

Program Pensijilan RSPO Bagi Pekebun Kecil

Pensijilan RSPO membantu pekebun kecil untuk meningkatkan hasil, menembusi pasaran antarabangsa, memperbaiki mata pencarian mereka dan mengurangkan risiko konflik tanah. Pensijilan adalah simbol kepercayaan dan bukti amalan mampan dalam sesuatu operasi.

Pensijilan RSPO Bagi Pekebun Kecil.
Testimoni Program Pensijilan RSPO Untuk Pekebun Kecil – Cerita Narno.

Sila layari https://rspo.org/smallholders untuk makluman lanjut mengenai Program Pensijilan RSPO Untuk Pekebun Kecil.


Tabung Sokongan Untuk Pekebun Kecil RSPO (RSPO Smallholder Support Fund (RSSF)).

Program Tabung Sokongan Untuk Pekebun Kecil RSPO (RSSF)

RSPO telah menubuhkan satu dana sokongan yang dapat membantu pekebun kecil untuk mendapatkan pensijilan dan perakuan RSPO. Tabung ini dapat mengurangkan kos pekebun kecil dalam tiga kategori utama:

  • Pensijilan
    • Segala persediaan ke arah pensijilan seperti kos latihan Amalan Pengurusan Baik (Best Management Practices), sistem dokumentasi, dan sistem kawalan dalaman
  • Audit
    • Satu kali audit tetapi tidak termasuk Penilaian Pra-Audit
  • Impak
    • Merujuk kepada sebarang projek selain daripada projek pensijilan dan audit seperti pemetaan ladang pekebun kecil, penilaian Nilai Konservasi Tinggi (High Conservation Value) di kawasan berisiko tinggi, penyertaan pekebun kecil di kawasan bidang kuasa dan sebagainya.

Cara Permohonan RSSF

Pemohon perlu mengenalpasti jenis pembiayaan yang diperlukan dengan memuat turun dan melengkapkan templat cadangan seperti berikut:

  • Permintaan dana untuk pembiayaan Kos Audit Pensijilan Pekebun Kecil
  • Permintaan dana untuk Projek Pensijilan Pekebun Kecil
  • Permintaan dana untuk pembiayaan Projek Impak Pekebun Kecil

Sila layari https://rspo.org/smallholders/rspo-smallholder-support-fund-rssf/introduction-rssf untuk makluman lanjut mengenai RSSF.


Bahan bacaan:


Modul 4: Pekerja Perladangan Sawit

Menurut data Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) pada 2014, terdapat 451,507 buruh yang bekerja di sektor perladangan sawit di Malaysia. 78% daripada jumlah ini merupakan warga asing yang majoritinya bekerja sebagai penuai dan pengumpul buah tandan segar (FFB). Ladang kelapa sawit berskala besar banyak bergantung kepada pekerja asing, terutamanya dari Indonesia, Bangladesh, Nepal, Kemboja dan India.

Kurang perhatian diberikan kepada hak buruh, walaupun penganiayaan buruh yang berleluasa termasuk upah yang tidak mencukupi, buruh kanak-kanak dan perdagangan manusia, berlaku di seluruh dunia.

RSPO telah menetapkan dalam Prinsip 6 dalam Prinsip & Kriteria 2018 tentang penghormatan hak dan syarat pekerja bagi memastikan keadaan kerja dan tempat kerja yang selamat dan mesti dipatuhi oleh industri.

Kriteria dalam Prinsip 6 terdiri daripada yang berikut:

  • 6.1 Sebarang bentuk diskriminasi adalah dilarang.
  • 6.2 Gaji dan keadaan kerja untuk kakitangan dan pekerja serta pekerja kontrak akan sentiasa memenuhi sekurang-kurangnya piawaian minimum perundangan atau industri serta cukup untuk menyediakan sara hidup yang mencukupi (Decent Living Wage).
  • 6.3 Unit pensijilan menghormati hak semua kakitangan untuk membentuk dan menyertai kesatuan sekerja pilihan mereka dan untuk penawaran bersama secara kolektif. Di mana hak untuk kebebasan berpersatuan dan penawaran kolektif dibataskan di bawah undang-undang, majikan memudahkan cara-cara untuk berpersatuan secara berdikari dan bebas dan untuk semua kakitangan tersebut.
  • 6.4 Kanak-kanak tidak diambil bekerja atau diekploitasi.
  • 6.5 Tidak ada gangguan atau penganiayaan di tempat kerja, dan hak-hak reproduksi adalah dilindungi.
  • 6.6 Tiada sebarang bentuk buruh paksa atau pemerdagangan buruh digunakan.
  • 6.7 Unit pensijilan memastikan bahawa persekitaran kerja di bawah kawalannya adalah selamat dan tiada risiko kepada kesihatan.

Pihak Ecological Observation and Wetlands Conservation (ECOTON) dengan kerjasama BothENDS, Lembaga Studi & Advokasi Masyarakat (ELSAM) dan Lembaga Gemawan telah menghasilkan sebuah video infografik mengenai Hak Pekerja Ladang Sawit berdasarkan Prinsip dan Kriteria RSPO 2018. Sila tukan butang CC untuk aktifkan sari kata Bahasa Melayu, Inggeris atau Indonesia jika perlu.

Infografis Hak Buruh Perkebunan Kelapa Sawit Berdasarkan Prinsip & Kriteria RSPO 2018.
Kampung Mesra Kanak-Kanak Di Perladangan Sawit dengan pensijilan RSPO di Indonesia.

Bahan bacaan:


Modul 3: Hak Asasi Manusia & FPIC

Mengiktiraf dan menghormati hak asasi manusia adalah salah satu asas utama bagi pengeluar minyak sawit yang mampan.

Di bawah Prinsip & Kriteria RSPO, penanam yang diperakui mesti menunjukkan komitmen dalam meningkatkan kehidupan, kesejahteraan sosial dan alam sekitar bagi semua pihak yang tinggal dan bekerja dalam serta sekitar kawasan ladang sawit milik penanam.

Penanam yang diperakui juga mesti menunjukkan bahawa penggunaan hak guna tanah komuniti dilindungi dengan melaksanakan Izin Berasaskan Makluman Awal, Bebas dan Telus (FPIC). FPIC tersebut mestilah dipersetujui oleh komuniti tempatan tanpa sebarang bantahan selaras dengan penggunaan undang-undang tanah hak adat komuniti.

Penerangan maksud FPIC dari SUHAKAM.

Maksud Proses Izin Berasaskan Makluman Awal, Bebas and Telus (FPIC) [sari kata/subtitle Bahasa Melayu].

Prinsip & Kriteria RSPO 2018.

Bahan bacaan:


Modul 2: Pensijilan

Proses pensijilan adalah penting bagi mengawal kesan pengeluaran produk ke atas alam sekitar dan hak asasi manusia. Pensijilan dapat memberi jaminan kepada pengguna bahawa piawaian pengeluaran sesebuah produk adalah mampan. Pensijilan RSPO dapat memastikan pengeluaran minyak sawit yang mampan terhadap alam dan manusia.

Bagaimanakah Pensijilan RSPO Berfungsi?

Pengeluar minyak kelapa sawit hanya boleh diberikan pensjilan RSPO selepas melalui pengesahan proses pengeluaran minyak sawit mampan yang ketat mengikut Prinsip & Kriteria RSPO 2018. Pensijilan ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa sekiranya berlaku pelanggaran peraturan dan piawaian.

Maksud pensijilan dan pensijilan RSPO.
Prinsip & Kriteria 2018: Sistem piawaian mampan yang digunakan oleh RSPO.

Bahan bacaan:


Modul 1: Pengenalan RSPO

RSPO adalah singkatan bagi Roundtable of Sustainable Palm Oil (RSPO) atau Meja Bulat Mengenai Minyak Sawit Mampan. RSPO menyatukan 7 sektor industri kelapa sawit iaitu pembekal, peniaga kelapa sawit, pengeluar barangan pengguna, peruncit, bank atau pelabur, dan organisasi alam sekitar dan sosial bukan kerajaan (NGO) bagi membangunkan dan melaksanakan standard global pengeluaran minyak sawit mampan atau lestari.

Sila layari https://rspo.org/about untuk maklumat lanjut.


Bahan Bacaan:


Galeri: Program Pendampingan RSPO

Bengkel 1: Long Teran Batu, Tinjar, Baram


Bengkel 2: Rumah Budin, Kg Tuyut, Baram


Bengkel 3: Kg Ugos Sugon, Suai, Niah


Bengkel 4: Rh Jacky, Long Lama


Bengkel 5: Rh Sugai, Ulu Niah


Bengkel 6: Rh Meran, Loagan Bunut


Bengkel 7: Rh Clarence, Suai


Bengkel 8: Rh Paing, Selangau


*Semua gambar-gambar berikut adalah hak milik CIVICA RESEARCH. Sila hubungi kami jika terdapat permasalahan.